Jikalau anda bertuah dan dapat membaca Blog(nama Melayu Blog tu ape ye?) ini Tujuhpuluh tahun akan datang, gua ucapkan kalian tahniah!!. Semoga kalian dirahmati Allah(untuk Muslimin&Muslimat), GOD(untuk pengikut agama Kristian), San (untuk agama Buddha) dan yang seangkatan dengannye.
Ini hikayat dimana sebuah komuniti yang tinggal di alam pasca kemerdekaan di Kampung Tasik Barat, Kampar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Alkisah ini bermula apabila seorang budak yang menyeru lograt Perakian, Ipoh Mali Tarak Sombong dihanyutkan ke sebuah pekan yang dahulunya merupakan salah satu lombong bijih timah yang terkenal di dunia; Kampar.
Penghidjrahan budak Ipoh tulen itu pada mulanya datang ke Kampar sebatang kara, tiada teteman yang karib mahupun sesiapa member. Budak kehret itu matlamatnya ke Kampar kononye untuk menyambung pelajarannye yang memungkinkan beliau menyertai badan beruniform yang disebut-sebutkan Polis Diraja Malayisa( Royal Malaysian Police) dengan bermodalkan segulung sijil sarjana muda. Insyallah!! Mudah-mudahan semuenye akan berjaya.
Budak Ipoh ini memulakan perjalanannya hidupnye pada 7 Januari 2008 Semesta Pertama, Tahun Pertama dengan berlengkapkan kenderaan zaman jahiliah ala-kereta-lembu yang dilengkapi empat bijik roda dan sebuah enjin usang yang dibuang oleh orang Jepun.
Budak Ipoh ini mula mengenali pekan Kampar dengan perlahan-lahan. Mengenali member-member baru satu-persatu. Seingat bebudak Ipoh Mali Tarak Sombong, teman baru yang dikenali ialah, tidak kurang hebatnya Ken Lai; bebudak dari Temerloh, Pahang, Malaysia. Kemudian mula mengenali rakan-rakan sekelehnye. Sepantas kilat diingati ialah, Saudara Kuok Roong, Wen Jye, Kean Tat, Venz. Kai Yang, Santhuru dan Saudari Evin, Kak Butsar aka Ziying, Ting Yi, Epal, Cheng Cheng, PP, Xin Hui, YK, Ooi Yi, Soo Inn, Kin Yue, Hui Cheng, Hui Min.
Keleh TB1 ini kelakar sial, macam macam bende berlaku...memang best giler. Suasana belajor pun berbeza sekali. Pahit dan manis sama-sama dilalui, kenduri dan pesta keamatan sumenye meriah sekali.
Tetapi Al-kisah yang mencuri tumpuan ialah sekumpulan makluk yang tinggal di Seksyen 1/4 dan Seksyen 1/5. Nama lorong pun nak jadi macam acara jenayah kanun keseksaan (Criminal Proceeding Penal Code). Dengar Tasik Barat pun dah mengigil dan naik liang roma gua, bagai istana diraja. Disitulah, Si budak Ipoh ni mengenali puak puak yang bermacam-macam, bagai nak buka Discovery Channel tu!! Kat Tasik Barat. Disitulah, Nama-nama Otai & glamor seperti, Dev aka Batman, Mei Fong aka Sotong Giler, Ying aka Poe/Panda, Ian aka ?, Caroline, Tuan Lam menjadi sebutan. Nak ingat lagi warga taman Tasik Barat tu bagai dikira bulu pada badan, banyak tak terkira. Teman-teman seangkatan lain ialah Ah B, Kuan, CuiChun(da gi Cina). Teman seuma Spiderman; Soon, Yung, Qsan, Kon-Syen, Raja Judi , Yung Jie juga menjadi sebutan. Maafkan tuan hamba, jikalau nama-nama glamor u tak termasuk dalam senarai hitam ini, kirimkan merpati putih pada gua beralamatkan e-surat gua. Gua akan kemaskinikan.
Pantun tak-tahu-berapa-kerat dihadiahkan FREE kepada u olang....
Tasik Barat Dipenuhi Makluk bermacam-macam nada,
Yang Pretty ada, Handsome pun ada,
Sedap-sedap didengar, ganjil-ganjil seberapa,
Kuok Roong namanya Raja LeLabah kaki dua,
Dev pulak Mat Keluang komuniti anda,
Mei Fong Sotong kenalan semua,
Ying beruang kegemaran saudara,
Ian dihempit ditengah-tengah benua,
Caroline dilihat dimana saja,
Tasik Barat tempat tinggal yang penuh pesta,
Kerana Anda semua Best-Best Belaka!!
Mohon ampun dan maaf jikalau sesalah bahasa dan kata. Maaf Zahir Dan Batin,
Wassamualaikum wabratula Rabilataufik walaikumsalam.
Sekian terima kasih.
Dikarang dengan Originalnya oleh Marcus dan siap pada jam 11.26malam 27 Jun 2008
Hak Cipak Dihuruhara 2008.
5 comments:
NICE POEM!!!!! hahahahahah
we all love u. nice one ^^
Rock rock rock, you rock our world
Haha...thank you thank you...
Love You All too...
Muackss x thousand times... :)..hehe
Berbanding dengan Tuan Marcus, pantun saya tidak seberapa
Tuan Marcus terlalu bijaksana
Saya cuma reka pantun semata-mata,
cuma untuk buat kawan-kawan ketawa,
Tuan Marcus sememangnya cendekiawan,
saya hanya adalah seorang kawan
Post a Comment